Make your own free website on Tripod.com

Frequently Asked Questions (FAQ )

Bagaimanakah sistem pentaksiran berubah dalam sekolah bestari?

Perubahan budaya peperiksaan kepada buday pentaksiran yang memberi penekanan kepada proses dan produk pendidikan ke arah pembentukan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum negara.

APA YANG UBAH

Bentuk soalan Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal dan berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Tumpuan yang lebih diberi pentaksiran sekolah Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan
Prestasi pelajar dilaporkan menerusi markah dan gred Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif mata pelajaran diutamakan
Peperiksaan setara diberikan kepada semua murid tanpa mengira kebolehan Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum
  Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar

 

Bagaimanakah sistem pentaksiran ini akan dilaksanakan?

Di sekolah  Di pusat
  • Perancangan guru merangkumi objektif yang akan disampaikan dengan cara atau alat yang diperlukan untuk mentaksirnya
  • Pentadbiran sekolah memberi kuasa untuk guru menjalankan pentaksiran berdasarkan keperluan pelajar si sekolah tersebut
  • Pihak pentadbiran sekolah menyokong peranan pentaksiran sebagai pelengkap proses pendidikan.
  • Pelaporan prestasi pelajar diselaraskan.
  • Pemantauan proses pentaksiran di sekolah akan dijalankan oleh bahagian-bahagian KPM berkaitan.
  • Sistem peperiksaan berpusat akan mengandungi ciri-ciri pentaksiran baru seperti:

          - UPSR Baru mulai tahun 2000

          -  Pensijilan terbuka untuk SPM mulai tahun     

             2000

  • Sistem pengurusan peperiksaan akan dibestarikan menerusi penggunaan teknologi, latihan pelaksana dan kajian semula prosedur dan peraturan peperiksaan.

 

Adakah pelajar sekolah bestari akan menduduki peperiksaan yang lain daripada sekolah biasa dan mendapat pensijilan yang berlainan?

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ialah semua pelajar akan menduduki peperiksaan yang sama, sama ada di sekolah bestari atau di sekolah lain.

Pentaksiran yang dirancang melibatkan:

1. Peperiksaan bagi kedua-dua kategori sekolah akan berfokus kepada kandungan mata pelajaran yang sama.

2. Pentaksiran berasaskan sekolah mengambil kira kelainan dalam tumpuan kedua program berkenaan dalam 4 mata pelajaran berkenaan.

 

Sumber : Panduan ke arah sekolah bestari (April 1999) Unit Kurikulum BPG, Kementerian Pendidikan Malaysia.