PORTFOLIO    

   Pengenalan

   Kandungan Portfolio

   Jenis Portfolio

   Kegunaan Portfolio

   Perancangan Portfolio

   Cara Membina Portfolio

   Penilaian Portfolio?


PENGENALAN

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.  Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.  


            KANDUNGAN PORTFOLIO  

            Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada


JENIS PORTFOLIO 

 Terdapat 3 jenis portfolio :-

  1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)

Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar

  1. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)

Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul  selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara formatif dan sumatif.

  1. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)

Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih penting adalah hasil akhir yang terbaik 


KEGUNAAN PORTFOLIO

·      Guru amalkan penilaian holistik.

·     Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya.

·     Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri.

·     Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan  psikomotor).

·     Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dll).

·      Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar dengan mudah.  


PERANCANGAN PORTFOLIO

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a.  Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

b.  Menentukan isi kandungan portfolio.

c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan   bagaimana?

d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai


CARA MEMBINA PORTFOLIO

 Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti cara bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda.

            Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :-

            1. Menentukan tujuan portfolio.

2. Menentukan kandungan  portfolio.

3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.

5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.  


PENILAIAN PORTFOLIO ?

Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio

       

1.Penilaian Awal

  

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

 

 

 

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut  kriteria dengan skala

        Contoh:

                   Sangat Tinggi (5)

                   Tinggi (4)

                   Sederhana (3)

                   Rendah (2)

                   Sangat Rendah (1) 

 

Kriteria penilaian:

- Pemikiran dan isi

- Struktur dan organisasi

- Strategi pengurusan

- Variasi isi yang sesuai

- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

 

 

 

 

 

3. Senarai ciri-ciri paling penting 

 

Ini akan menentukan markah portfolio 

 

 

 

 

4.  Penentuan gred 

Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

 

 Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan

 

 

 

Ya

 

Tidak 

 

1.

Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop? 

  

  

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.

Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?  

  

 

  

 

 

  

 

 

 

 

 

3.

Adakah strateg mengumpul maklumat/data dipelbagaikan? 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.

Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.

Adakah draf  langkah-langkah pembinaan portfolio dibuat? 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

6.

Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi?

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringkat Perkembangan/Proses

 

 

 

 

 

 

  

  

  

 

 

1.

Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan? 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.

Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan?

 

 

 

 

 

 

 

 

3.

Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan? 

 

 

  

 

 

 

4.

Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain aktiviti pembelajaran? 

 

 

 

 

5.

Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

 

 

 

6.

Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

 

 

 

 

7.

Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat? 

 

 

8.

Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

 

 

 

 

9.

Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

 

 

 

 

Peringkat Penilaian 

 

 

 

 

1.

Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio?

 

 

 

 

2.

Adakah penilaian memberatkan proses?

 

 

 

 

 

 

3.

Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar?

 

 

 

4.

Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

 

 

 

 

 

5.

Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

 

 

 

 

 

Peringkat Refleksi/Penutup

 

 

 

1. 

Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

 

 

 

 

 

2.

Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja?

 

 

 

3.

Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

 

 

 

 

 

Komen tentang tahap pencapaian portfolio ini.