PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Jenis Pemerhatian
Strategi Pelaksanaan
Fungsi
Contoh Senarai Semak
Pengenalan
·Penilaian
melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka
waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh,
meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor
bahan dan persekitaran.
·Proses
penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai
semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
·Dapatan
dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap
prestasi masing-masing.
Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek
yang hendak dinilai/diperhati ,
iaitu:-
-
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
-
Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
-
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Strategi
Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan
strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah
-
dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
-
menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang
merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
-
dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
-
tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
-
jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
Fungsi
-
Penilaian melalui pemerhatian :
-
digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam
sesuatu proses pembelajaran
-
dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian
sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
-
dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
- Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang
tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
-
menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
-
meningkatkan motivasi pelajar
-
mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri
yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi
pelajar
-
Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap
keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik
dan mentor.
-
Pemerhatian yang terancang membantu guru :
-
Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang
mendorong/menolak minat tersebut
-
Mengesan sama ada strategi pengajaran
guru memberi kesan yang positif
-
Mengesan kemampuan atau
tahap pemikiran pelajar
-
Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
-
Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
-
Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran ,
rakan sebaya dan terhadap diri sendiri
Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama
KumpulanYang Dibuat Melalui Pemerhatian
Arahan: Catatkan "Ya"
sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai
|
Kriteria Tingkah Laku Kerjasma
|
|
1.
|
Selalu menetapi
masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan
|
|
2.
|
Bersikap proaktif
(memulakan kerja tanpa diarah)
|
|
3.
|
Suka berkongsi maklumat
dengan rakan sekumpulan
|
|
4.
|
Menyumbang idea
yang bernas kepada kumpulan
|
|
5.
|
Bersedia mendengar
pendapat ahli lain dalam kumpulan
|
|
6.
|
Mematuhi/akur
dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan
|
|
7.
|
Menunggu giliran
untuk menyampaikan idea atau pendapat
|
|
8.
|
Berbudi bahasa dan
menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan
|
|
9.
|
Membantu menyelesaikan
masalah kumpulan
|
|
10.
|
Mengambil kira pendapat
orang lain dalam kumpulan
|
|
11.
|
Melaksanakan tugasan/aktiviti
yang telah ditetapkan oleh kumpulan
|
|
12.
|
Menyempurnakan tugasan
yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya
|
|