Make your own free website on Tripod.com

PENILAIAN KENDIRI 


   Pengenalan

   Fungsi

   Instrumen

   Rumusan

 


 

PENGENALAN

 

 

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.  Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.

 


 

FUNGSI

 

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri 

                        

Kaedah:

  1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru  hendaklah                      

  1. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.  Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

 

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”

 

 


INSTRUMEN

Penilaian kendiri boleh dijalankan dengan menggunakan senarai semak yang berfokus dan alat rubrik. Alat-alat ini biasanya digunakan dalam tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan yang berstruktur dsb.

            Rubrik

Rubrik ialah suatu alat yang distrukturkan oleh guru atau oleh guru bersama pelajar secara kolaboratif  untuk membantu pelajar membuat ranking terhadap tahap pencapaiannya atau prosedur kerjanya atau tindakannya.  Biasanya  aspek/kemahiran yang hendak dinilai ditentukan oleh objektif penilaian.  Dengan rubrik, pelajar boleh menilai sama ada kerjanya telah merangkumi semua kriteria yang telah ditetapkan.                           


                                                                        

  RUMUSAN

 

Penilaian kendiri juga amat berkesan bagi penilaian rujukan kriteria  bagi perkembangan individu terutama bagi pembelajaran yang  berpusatkan pelajar dan berasaskan tahap keupayaan individu.