Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar.Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama.Manakala pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adaptive Testing (CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan. Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan. |
Senarai
Semak
Menulis Item Jawapan Pendek
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Senarai
Semak
Menulis Soalan Esei
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Analisis item dengan Quest Satu keperluan utama sebelum menyediakan sesuatu ujian mengikut kebolehan pelajar ialah penubuhan bank item.Item-item yang berdasarkan aras kesukaran dan mengikut strand kurikulum perlu disediakan. Item yang disimpan dalam bank sebaik-baiknya ditentukur (calibrate). Penentukuran ini membolehkan item disusun dari yang mudah ke sukar pada satu skala atau continuum yang sama. Item dapat ditambah melalui praujian yang dijalankan dari semasa ke semasa. Item baru dari isi kandungan yang sama boleh ditambah ke dalam bank dengan teknik equating. Bank item yang ditubuhkan berdasarkan model Rasch sesuai untuk tujuan tersebut. Item ujian diambil dari bank yang menggunakan skala yang sama bukan sahaja membolehkan guru mentafsir keberkesanan pengajaran sendiri bahkan dapat membuat perbandingan dengan guru-guru yang lain. Berdasarkan analisis ujian, guru perlu mengubahsuai kaedah pengajaran di samping memperbaiki kelemahan pelajar. Item yang akan disimpan dalam bank perlu dianalisis dan ditentukur. Hasil ujian yang menggunakan item yang ditentukur membolehkan guru menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar di samping membuat perbandingan antara pelajar. Quest Perisian analisis item yang dibincangkan di ruang ini berpandukan kepada Quest. Quest ialah perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan satu model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu item dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu model yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat berikut:
Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam satu folder yang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di dalam pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\ C:\md quest <Enter>
Penganalisisan dengan Quest memerlukan
(a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang pemproses perkataan atau DOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkanjawapan calon dengan DOS Editor.DOS Editor menyimpan semua fail dalam bentuk ASCII. Taipkan edit BM.dat pada C:\ Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut: 00001ACDABDACADCBBBBBBA 002ABBBBCCDDDCBBAABBC (b) Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu dengan DOS Editor. Ubahsuaikan fail kawalan seperti contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data. Perkara yang perlu diubahsuai ialah tajuk pada perintah Title dan nama fail analisis seperti BM.map ke satu nama yang sesuai. Gantikan jawapan pada perintah key mengikut jawapan yang disediakan dalam Peratuan Memberi Markah. Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti BM.ctl. Title Ujian BM Bulan Mei 2000 (obj) Set logon >- BM.log data_file <<BM.dat codes ABCD format name 1-3 items 4-23 key DCADBCCBABCDAAADDBDA *item_names <<BM.nam estimate !iter=50 set width = 132 !PAGE show !map = 1,2,3 >- BM.map show !table = 1,2 >- BM.tbl show counts >- BM.cnt show items !order = fit >- BM.itm show cases !order = fit >- BM.cas itanal >- BM.ana kidmap >- BM.kim quit (c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut: C>CD\Quest Tunggu
sehingga analisis tamat
(d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit map (BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap (BM.kim). (e) Tafsir hasil analisis (rujuk penjelasan dalam Panduan Ringkas Analisis Item) |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Computer
Adaptive Testing (CAT)
Oleh kerana CAT memerlukan banyak item yang pelbagai kesukaran, analisis
item untuk menentukur dan equating item perlu dilaksanakan berterusan.
Analisis item yang berasaskan model Rasch mempunyai ciri-ciri yang sesuai
untuk menentukur dan equate item yang sedia ada dalam bank. Rajah
berikut menunjukkan urutan CAT dilaksanakan.
Ujian tradisonal biasanya mengandungi item pelbagai kesukaran untuk menguji calon pelbagai kebolehan. CAT mengemukakan item mengikut tahap kebolehan calon. Calon yang berkebolehan tinggi akan diberi item yang aras kesukaran yang tinggi sesuai dengan kebolehannya. Sebaliknya calon yang berkebolehan rendah akan diberi item yang lebih rendah kesukaranya. Komputer menganggarkan kebolehan calon dan mengemukakan item yang sesuai
dengan kebolehan calon. Komputer akan berhenti mengemukakan item kepada
calon apabila ralat piawai anggaran kebolehan sampai ke tahap yang minimum.
Oleh kerana setiap mempunyai kadar kesukarannya, anggaran kebolehan calon
dapat dihitung oleh komputer berdasarkan bilangan item yang dijawab dengan
betul dan salah. Anggaran kebolehan ini boleh digunakan untuk perbandingan
kebolehan antara calon.
|
|||
|
|||
Dalam
keadaan apakah yang jenis ujian berlainan digunakan?
Sejauh manakah analisis item dapat membantu anda untuk membina ujian yang bermutu?
|