Make your own free website on Tripod.com
 MEREKOD DAN MELAPOR PRESTASI PELAJAR

   Pengenalan

   Isi

   Rumusan

   Aktiviti

   Refleksi


 

Pengenalan
 

Pelajar berupaya mengatasi kesan pengajaran yang buruk tetapi bukan kesan penilaian yang  buruk. Oleh sebab itu, cara melaporkan berbagai jenis penilaian adalah penting supaya kesan penilaian yang lemah boleh diberi wajaran yang sebenar. Dalam konteks sekolah bestari, penilaian harus dijalankan secara formatif dan sumatif. Dengan itu, laporan prestasi pelajar harus mengambil kira proses serta produk pembelajaran. Ini bermaksud cara laporan prestasi pelajar harus merangkumi semua aspek ini supaya perkembangan pelajar boleh dilihat secara berterusan. Bukti pembelajaran ini juga harus dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Satu cara untuk melakukan perkara ini ialah melalui peta perkembangan pelajar (student’s progress map).  Melalui cara ini, guru dapat memantau perkembangan pembelajaran pelajar dalam berbagai bidang mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan oleh guru. Dengan itu keputusan boleh  dibuat untuk memberi pemulihan ataupun pengayaan pada tahap-tahap yang diperlukan.



Isi
 
 

Bagaimanakah menyediakan satu peta perkembangan pelajaran?

        Beberapa langkah yang harus diikuti adalah …
 

1.  Tentukan petunjuk yang mencerminkan perkembangan pembelajaran. Langkah ini memerlukan kepakaran guru tentang jenis dan tahap kemahiran, ilmu ataupun kefahaman yang diperlukan bagi setiap bidang pembelajaran. Selain itu, petunjuk harus mempunyai kaitan rapat dengan teori pembelajaran yang penting untuk bidang itu.

2.  Sediakan urutan bagi hasil pembelajaran yang dilalui oleh pelajar semasa belajar bidang itu. Hasil pembelajaran ini boleh dibahagi kepada subunit yang lebih terperinici. Misalnya dalam mata pelajaran Matematik, operasi campur dan tolak boleh dibahagi kepada nombor satu digit, dua digit, nombor  berpuluhan, pecahan dan sebagainya. Tambahan pula operasi campur dan tolak harus dipelajarai sebelum operasi membahagi.

3.  Mengutip semua bukti yang menunjukkan pembelajaran pelajar. Ini termasuk bukti analitikal dan holistik. Contoh-contoh bukti ini termasuk markah ujian, senarai semak kerja rumah pelajar, pemerhatian kemahiran  menjalankan amali ataupun lukisan, persembahan lisan, hasil kerja projek, portfolio serta rekod anekdot guru. Kutipan pelbagai bukti ni adalah penting supaya triangulasi prestasi boleh dilakukan untuk memastikan laporan  penilaian adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan serta mengurangkan kesan ralat.

4.  Anggarkan prestasi pelajar. Langkah ini boleh dijalankan dengan baik jika soalan berikut boleh dijawab dengan baik.

 i)  Adakah kesahannya terjamin?

      Adakah bukti yang diambil kira mencukupi untuk membuat laporan yang lengkap?

 ii)  Adakah kebolehpercayaannya tinggi?

      Adakah bukti daripada lebih satu  sumber telah diperolehi?

iii) Adakah ukuran pencapaian objektifnya jelas dan tepat?

    Keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kesihatan pelajar, jantina,          pelajar, masa  ujian dan sebagainya.

iv)  Adakah kepentingan dan tahap kesukaran pembelajaran telah diambil kira?

     Wajaran markah pencapaian harus dtetapkan mengikut kesukaran tajuk pembelajaran



Rumusan

Laporan pencapaian pelajar melalui peta perkembangan:
 


Aktiviti

            1. Bina satu peta konsep mengenai cara pembinaan satu peta perkembangan pelajaran.

            2. Tunjukkan peta konsep anda kepada rakan sebaya anda dan bincang dengannya tentang  

                adakah peta konsep itu lengkap. Minta komennya tentang hasilan kerja anda itu.
 


Refleksi
 


Senarai semak pembinaan peta perkembangan pelajar.

            Adakah peta perkembangan pelajar anda mempunyai perkara-perkara berikut:
 

1. Petunjuk kemahiran, ilmu dan kefahaman yang lengkap?    Ya  Tidak
2. Adakah urutan hasil pembelajaran betul?    Ya  Tidak
3. Adakah lebih daripada satu bukti telah disenaraikan bagi setiap satu petunjuk dan subunitnya?    Ya  Tidak
4. Adakah wajaran markah bagi setiap petunjuk peta perkembangan itu telah ditentukan?    Ya  Tidak
5. Adakah peta perkembangan itu jelas dan mudah diisikan oleh guru?    Ya  Tidak
6. Bolehkah peta perkembangan itu digunakan untuk merekod secara berterusan?    Ya  Tidak

Nama rakan sebaya yang menilai: ...................................................................................

Komen rakan sejawat/fasilitator:

 ……………………………………………………….......................................................

………………………………………………………………………………………….....................................................