PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

 


   Pengenalan

   Jenis Pemerhatian

   Strategi Pelaksanaan

   Fungsi

   Contoh Senarai Semak


 

Pengenalan

·Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
·Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
·Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

 


 

Jenis Pemerhatian

 

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-


Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah

 


 

Fungsi

 
  1. Penilaian melalui pemerhatian :
  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
 
  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.
 
  1. Pemerhatian yang terancang membantu guru :


 
Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Dibuat Melalui Pemerhatian 
 
Arahan: Catatkan "Ya" sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai


 

Bil

Kriteria Tingkah Laku Kerjasma

 

1.

Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan
 
2.
Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)
 
3.
Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan
 
4.
Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan
 
5.
Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan 
 
6.
Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan
 
7.
Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat
 
8.
Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan
 
9.
Membantu menyelesaikan masalah kumpulan
 
10.
Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan
 
11.
Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan
 
12.
Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya