PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

    Pengenalan

    Konsep

    Fungsi Kontrak Pembelajaran

    Bagaimana Kontrak Pembelajaran digunakan?

    Format/Bentuk Kontrak Pembelajaran

   Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu.  


PENGENALAN 

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.


KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. 

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :- 

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

 


FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

  Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

  *       Pelajar mengenal pasti dan merekod

·    objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

·    kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

      ·    jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

      ·    bukti menunjukkan objektif tercapai

      ·    bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

*        Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan     keupayaan sendiri

*         Menghasilkan kerja yang terancang

 *          Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya  

 


BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ? 

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

  1. Penilaian objektif tugasan

·       Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya  ATAU

·       Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

·      Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai  dengan persetujuan guru

  1. Hasil Pembelajaran

·       Pelajar  bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

·      Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru    

  1. Penilaian

·      Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan  ATAU

·       Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

·      Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan  ATAU

·       Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

 


FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

 

PERINGATAN:


  

CONTOH FORMAT KONTRAK PEMBELAJARAN INDIVIDU.  

 

Mata Pelajaran:

Nama:

Tahun/Tingkatan:

Hasil Pembelajaran: 

Peringkat

Apa yang saya ingin capai pada peringkat ini

Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini

Jangka waktu pelaksanaan peringkat

Bagaimnakah penilaian pada peringkat ini dibuat

Catatan

 

 

 

 

 

 

 

           

 

           

 

           

 

           

 

  Tandatangan kendiri 

 ……………………………….          

(Nama:                                 )                 Tarikh:  

Tandatangan Rakan Sebaya  

………………………..

  (Nama:                                    )               Tarikh:        

Tandatangan Guru

……………………..  

(Nama:                                    )                 Tarikh: