Kandungan


Bahan yang terdapat dalam modul ini adalah daripada modul yang telah disediakan untuk Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul ini bertujuan memberi anda pengetahuan dan kemahiran  komprehensif tentang pelbagai jenis pentaksiran. Aplikasi kemahiran ini bergantung kepada keperluan dan masa yang diizinkan.

Terdapat sembilan unit dalam modul ini, iaitu:
 

Pendekatan modul ini adalah mengikuti unsur bestari yang memberi peluang kepada anda akses kendiri untuk mengikut berkadar kendiri dan kearah kendiri. Unit pertama modul ini  bermula dengan satu huraian maksud kriteria dalam konteks penilaian melalui portfoli. Anda juga akan didedahkan  kepada satu cara untuk melaporkan pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam satu peta perkembangan pembelajaran. Setiap unit modul dimulakan dengan isi pelajaran dan diikuti dengan aktiviti/contoh, dan di akhiri dengan refleksi. Anda tidak perlu mengikuti modul mengikut urutan yang disediakan. Setiap unit boleh berdiri sendiri tetapi mempunyai hubung kait dengan unit-unit yang lain. Adalah diharapkan pendedahan anda kepada modul ini akan menjadi satu amalan yang berguna dan bermakna. Maklum balas dan komen anda tentang keberkesanan modul ini amat dialu-alukan dan dihargai.